Followers

May 16, 2009

Guru oh Guru

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah
ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika
hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Nukilan SN Dato Usman Awang

Selamat Hari Guru kepada semua guru yang telah mengajar ku menjadi insan yang berguna

Guru jasamu akan ku kenang selagi mana hayat dikandung badan

TERIMA KASIH CIKGU



2 comments:

  1. same2x... x yah susah2..saye dh phm....
    time kaseh amer, salu ingat jase2 sye...uhuhuhu.. tp sye x berape ingat lah, yang mne satu amer nih? name familiar...
    amer anak rahim tu ke? cg dh tua,, x ingat dh yang mne uhuk!uhuk!(batuk) cg penah ngaja awk ke nih..hee.. xpe lah amer, janji ROCK!!ngeee. ingat cg salu ye..nme ape td? mair? soleh?ooo..amer, ha amer,, yang penting terus sokong hafiz eh,,AF7 cg sokong sgt die dh jd juare mlm ni, cg la afundi byk2 tu..hee.. k lah, jg diri ye soleh, eh silpa mair,,ehh.. name ape? ah..pepe jelah

    ReplyDelete
  2. prasan tul tehah nk jd cg.. hu3.. cg ni.. cg lain sruh bace buku.. dia sruh sokong hafiz..

    ReplyDelete