Followers

Apr 22, 2009

WATAK WANITA IKUT HARI LAHIR MENGIKUT TAJUL MULUK BUKAN UNTUK DIPERCAYAI 100 PERATUS

Tajul Muluk begitu sinonim dalam astrologi zaman silam khususnya dalam masyarakat Melayu khas dlm bab mentafsir watak wanita.

Berikut ialah tabiat dan personality seseorang wanita mengikut kitab Tajul Muluk berdasarkan hari lahir

  • ISNIN
    • Wanita ini bersikap jujur ,tdk mudah mengelabah atau panic ,berhati-hati ,tidak mudah mengalah seta pandai jaga diri dlm pergaulan.Ramai teman lelaki atau wanita yg menyukai .Seorang yg mudah menberi pertolangan ,cergas , berusha ,telti dan pandai menguruskan kewangan(tdk boros).
    • Namun, jika marah berapi-api dan menakutkan , jarang mahu mengaku kalah dalam pertengkaran.Dalam percintaan pula ,dia mencurahkan kesetian tidak berbelah bagi dan sedia berkorban .seksualnya kurang membara melainkan pasangannya bijak mengolah keindahan mengenainya
  • SELASA
    • Tabiat wanita ini suka mencari salah orang lain dan berpotensi menduakan suami.Namun, pertuturanya lembut dan pandai mengambil hati.Apabila tidak sukakan seseorang, sentiasa mencari kesalahan ,hatinya keras dan sukar dilembutkan .tetapi senang mengaku kalah dan meminta pertolongan orang lain.
    • Pandai menyimpan rahsia, hanya orang tertentru saja tahu rahsianya . Keputusannya tidak mantap dan mudah terpengaruh .Dia mudah terperangkap dalam banyak hal.Dalam soal kewangan ,dia pandai berjimat , tidak kedekut.Dia rajin bekerja ,ada tanggungjawab ,suka dipuji tetapi perlukan bimbingan dan pengawasan dalam banyak perkara.
  • RABU
    • Suka berdendam. Jika ada orang berbuat jahat kepadanya dia akan berbuat lebih jahat daripada orang itu.Namun dia pandai dalam pergaulan ,pandai mengambil hati dan menghargai orang.Suka mementingkan teman daripada diri sendiri.
    • Berfikitan terbuka ,tidak pandai simpan rahsia dan tidak suka diperintah dalam berkerja .Keputusannya tidak seimbang kurang pergalaman .Hatinya keras dan tidak mudah termakan pujuk.Hanya orang tertentu yang tahu melembutkan hatinya
    • Dalam soal kewangan ,dia pandai mencari duit ,tetapi kurang cermat menyimpan duit.Cintanya pandang pertamanyadan rela berkorban kerana cinta.Dari segi seksualnya pula, dia boleh tahan bahkan dia adalah seorang yang romantik.
  • KHAMIS
    • Suka menyinggung hati orang lain, cakapnya kesat ,kemahuan kuat dan bersikap agresif.Rajin dan tekun bekerja ,tidak suka diganggu ketika bekerja dan bercita-cita tinggi.
    • Boleh terpikat kepada lelaki lain walaupun sudah ada suami atau kekasih.Namun ,dia tidak mudah jatuh cinta ,suka menyelidik dulu sebelum bercinta.Hatinya tidak tetap ,mudah terpedaya dengan pujuk rayu sehingga tidak kenal antara yang baik atau buruk.
    • Dia pandai menguruskan dna menrancang kewangan .Pada awal perkahwinan ,dia tunduk pada suami ,tetapi akan berubah apabila sudah lama berkeluarga .Seksualnya agak tinggi dan silap haribulan boleh mendorong ke lembah hina jika tidak terkawal jati dirinya.
  • JUMAAT
    • Wanita yang lahir pada hari ini tabiatnya berani menentang suami.Bangga diri ,suka berbelanja ,suka dipuji ,suka bergaul dan suka melakukan perkara berbahaya dan sia-sia.Bersemangat waja, pandai menyimpan rahsia ,tidak suka menyimpan rahsia.
    • Dalam soal kewangan ,bersikap boros dan tidak pandai menyimpan harta demi masa depan .Cintanya sejati dan tidak mudah berubah ,Cuma kadang-kal tidak telus.Seksualnya sangat istimewa ,menyeronokkan ,penuh kelembutan tetapi tidak suka dipaksa.
  • SABTU
    • Kuat cemburu , suka kebendaan , tidak gemar dangan anak dan suka bertikam lidah adalah nilai dirinya.Namun dia tegaspendiriana ,cerdas pemikiran serta teliti dalam banyak hal menjadikannya wanita istimewa.Tidak pernah berasa puas, suka berkorban apa saja demi mencapai cita-cita.
    • Apabila bercinta ,suka menyelidik latar belakang pasangan dan suka menguji.Pandai berjimat dan sentiasa berfikir untuk masa depan .Wanita ini akur dan mengikut perintah suami.Seksualnya agak dingin tetapi jika kena dengan gayanya , ia penuh dengan kelembutan
  • AHAD
    • Wanita yang lahir pada hari ini kebiasaanya sukakan kemewahan dan menunjuk-nunjuk.Apabila bersuami , dia taat kepada suaminya namun suka merendahkan kawan dan bersikap bangga diri .Dia tidak suka dengar nasihat dan mudah terpedaya dengan kata-kata orang lain.
    • Antara keperibaddiannya yang kurang disenangi adalah suka mengkritik orang ,tetapi tidak suka orang mengkritiknya .Percintaan tidak telus ,tetapi sanggup berkorban apa saja jika hati sudah suka.
    • Pandai simpan rahsia ,rajin berusaha dan bekerja ,tidak mudah mengalah namun bersikap pemboros.Rangsangkan seksualnya agak tinggi.


      PETIKAN DARIPADA AKHBAR HARIAN METRO

No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget